PISAH: teknologi pemisah, alam terpelihara

Al-Azizol, Nur Syaza Afrina and Musa, Arifah Madihah and Hanif, Anas Naufal and Luqman Firdaus, Muhammad Aliff and Imran Solihin, Muhammad Anas and Ishak, Nur Akmal (2026) PISAH: teknologi pemisah, alam terpelihara. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 248-253.
Abstract

Sisa lemak, minyak dan gris (LMG) seperti minyak masak dan mentega sering dibuang terus ke dalam longkang domestik, menyebabkan paip tersumbat serta meningkatkan kos penyelenggaraan. Bagi mengatasi masalah ini, projek PISAH diperkenalkan sebagai satu alternatif hijau dalam pengasingan sisa LMG. Objektif utama projek ini adalah untuk mengesan dan mengasingkan sisa LMG dengan lebih cekap di peringkat rumah, sekali gus memudahkan pengurusan sisa dapur. Satu prototaip sistem PISAH telah dibangunkan dengan mengintegrasikan penderia ultrasonik untuk mengukur ketebalan lapisan minyak. Apabila tahap tertentu dikesan, sistem secara automatik mengaktifkan mekanisme pengasingan. Hasil ujian ke atas prototaip menunjukkan bahawa sensor yang diinovasi mampu membezakan minyak daripada air dengan ketepatan tinggi. Ia juga membuktikan PISAH berupaya mengurangkan jumlah minyak yang memasuki saluran paip. Kesimpulannya, PISAH bukan sahaja memudahkan pengurusan sisa dapur tetapi juga berpotensi dikomersialkan sebagai teknologi hijau mesra alam yang menyokong kelestarian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146016.pdf]
Text
146016.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics