Krisis sisa pertanian, khususnya kulit tembikai (Citrullus lanatus), menyumbang kepada kira- kira 30% daripada keseluruhan berat buah yang sering dibuang tanpa dimanfaatkan. Pada masa yang sama, keperluan terhadap alat pemadam api domestik yang selamat, bebas toksik, dan kos rendah semakin meningkat bagi menangani kebakaran kecil di rumah. Kajian ini memperkenalkan sebuah inovasi gel pemadam api yang memanfaatkan pektin daripada kulit tembikai sebagai agen pembentuk filem dan natrium bikarbonat (NaHCO3) sebagai agen pemadam. Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan formulasi gel pemadam api yang mampu menyekat oksigen dan menurunkan haba secara berkesan melalui mekanisme penguraian terma. Metodologi merangkumi pengekstrakan pektin secara asid-termal daripada bahagian pith putih kulit tembikai, diikuti dengan formulasi bersama natrium bikarbonat untuk membentuk gel yang likat. Hasil kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai keupayaan menyalut permukaan bahan bakar secara efisien, sekali gus menghalang pencetusan semula api (reignition). Inovasi ini menyokong SDG 12 dan SDG 9 melalui transformasi sisa biomas kepada produk keselamatan bernilai tinggi.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sutrisno, Umayrah Isz Adriana UNSPECIFIED Shamsudin, Saqinah Nadiah UNSPECIFIED Zainuddin, Siti Aisyah Batrisyia UNSPECIFIED Azman, Muhammad Faizun UNSPECIFIED Arpan, Ansor Al-Amin Irfani UNSPECIFIED Mohd Mustapha, Haslinawati haslinawati@usim.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 241-244 |
| Keywords: | Kulit tembikai, Pektin, Pemadam api, Kimia hijau |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146000 |
146000.pdf
