TriGuard Pro – Intelligent Multi-Stage Gas & Fire Alert System merupakan satu inovasi sistem keselamatan pintar yang dibangunkan bagi mengesan kebocoran gas dan kebakaran secara masa nyata menggunakan teknologi Internet of Things (IoT). Masalah utama yang dikenal pasti ialah peningkatan risiko kebakaran dan kebocoran gas di rumah serta premis kecil akibat kelewatan pengesanan awal dan kegagalan sistem komunikasi semasa kecemasan. Selain itu, kebanyakan sistem sedia ada mempunyai kos yang tinggi dan berisiko menghasilkan amaran palsu. Oleh itu, projek ini bertujuan membangunkan sistem pengesanan gas dan kebakaran kos rendah yang mampu mengurangkan amaran palsu melalui logik amaran tiga peringkat serta menyediakan sistem komunikasi hibrid dalam talian dan luar talian. Metodologi pembangunan berasaskan prototaip digunakan bagi membolehkan proses reka bentuk, pengujian dan penambahbaikan dijalankan secara berperingkat. Sistem ini menggunakan ESP32 sebagai mikropengawal utama bersama sensor MQ-2, sensor nyalaan, modul GSM, GPS dan Telegram Bot API. Logik tiga peringkat diaplikasikan bagi meningkatkan ketepatan pengesanan bahaya sebelum pengaktifan kecemasan dilakukan. Mod dalam talian menggunakan WiFi dan Telegram untuk penghantaran notifikasi masa nyata, manakala mod luar talian menggunakan GSM dan GPS untuk penghantaran SMS, panggilan kecemasan dan lokasi pengguna sekiranya sambungan internet terganggu. Hasil demonstrasi menunjukkan fungsi sistem berjaya disiapkan dan diuji dengan baik. Sensor gas, sensor nyalaan dan ESP32 berfungsi sepenuhnya manakala modul GSM dan GPS berjaya diuji secara separa. Kesimpulannya, TriGuard Pro berpotensi menjadi sistem keselamatan pintar yang efektif, kos rendah dan boleh dikomersialkan untuk kegunaan domestik serta industri kecil dalam usaha mengurangkan risiko kebakaran dan kebocoran gas.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ag. Damit, Yusmah yusmah@pss.edu.my Marzuqi Dzul, Ahmad Zuhairi UNSPECIFIED Jasni, Nevile Jac UNSPECIFIED Francis, Caleeto UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TH Building construction > Security systems T Technology > TP Chemical technology > Gas industry > Gas producers for industrial purposes |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 236-241 |
| Keywords: | Internet of Things (IoT), ESP32, Pengesanan gas, Sistem keselamatan pintar, Komunikasi hybrid |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145993 |
145993.pdf
