Pelaksanaan ujian pra sebagai alternatif untuk meningkatkan pencapaian markah pelajar bagi kursus DBM20023 Matematik Kejuruteraan 2

Shafie, Siti Norhazlina and Adnan, Rosila (2022) Pelaksanaan ujian pra sebagai alternatif untuk meningkatkan pencapaian markah pelajar bagi kursus DBM20023 Matematik Kejuruteraan 2. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 351-358. ISSN 9789672948339
Abstract

Politeknik Seberang Perai (PSP) merupakan satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan beberapa kursus seperti kursus kejuruteraan, teknologi maklumat dan perdagangan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara kursus Matematik yang wajib diambil oleh pelajar kejuruteraan adalah Matematik Kejuruteraan 1, Matematik Kejuruteraan 2 dan Matematik Kejuruteraan 3. Kursus Matematik Kejuruteraan 2 adalah kursus wajib bagi pelajar Semester 2 yang mengikuti Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Seberang Perai. Fenomena pelajar gagal dalam kursus Matematik Kejuruteraan 2 (DBM20023) adalah perkara normal pada setiap semester di Politeknik Seberang Perai (PSP). Pada Sesi Jun 2020, peratus pelajar Semester 2 di PSP yang gagal kursus ini adalah 18.54 peratus daripada keseluruhan pelajar Semester 2 seramai 151 orang. Justeru, pada Sesi Disember 2020, Program Pengukuhan Matematik khusus untuk Matematik Kejuruteraan 2 telah dilaksanakan yang salah satunya adalah membuat Ujian Pra sebelum sesi Ujian sebenar dibuat. Kaedah kajian adalah secara kuantitatif, dengan sampel kajian diambil kira secara menyeluruh. Pelajar dikehendaki menjawab 6 item Ujian Pra yang sama tahap kesukarannya dengan item Ujian sebenar. Hasil kajian mendapati markah bagi Ujian 1A meningkat sebanyak 52% dan markah bagi Uiian 1B meningkat sebanyak 80%. Ini kerana bentuk soalan yang diberi di dalam Ujian Pra boleh membantu pelajar lebih berkeyakinan dan bersedia untuk menjawab soalan Ujian sebenar Kaedah analisis statistik menggunakan jadual perbandingan dan graf yang dihasilkan menggunakan Microsoft Excel.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145991.pdf]
Text
145991.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics