Penyampaian amalan pengajaran dan pembelajaran (laboratory work) secara atas talian terhadap pembelajaran pelajar diploma geomatik Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Ab. Moin, Nur Aisah and Abdul Satar, Asiah (2022) Penyampaian amalan pengajaran dan pembelajaran (laboratory work) secara atas talian terhadap pembelajaran pelajar diploma geomatik Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 343-350. ISSN 9789672948339
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bagi kursus amali yang melibatkan Laboratory work secara atas talian terhadap pelajar di Politeknik sultan Haji Ahmad shah. PDP secara atas talian bagi kursus teori telah lama dijalankan diperingkat global. Namun sejak pendemik covid 19 seluruh dunia mengubah sistem pendidikan secara bersemuka kepada secara atas talian. PDP secara online bukan lagi hanya melibatkan teori tetapi amali secara maya juga perlu dijalankan secara atas talian. Kajian ini mengetengahkan kajian terhadap amali bagi melibatkan kursus laboratory work yang memerlukan kemahiran penggunaan komputer dan perisian dalam menyelesaikan tugasan amali. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan pelajar terhadap pembelajaran amali (laboratory work) secara atas talian, mengenalpasti kebolehan pelajar terhadap pembelajaran amali, dan Mengenalpasti penilaian kemahiran kepimpinan (leadership) dan kerja berpasukan (teamwork) dalam aktiviti kumpulan amali (laboratory work). Metodologi kajian adalah menggunakan instrumen soal selidik terhadap 185 orang pelajar dengan menggunakan skala likert. Dapatan kajian menunjukkan 60% pelajar mempunyai pengetahuan tahap tinggi terhadap pembelajaran amali secara atas talian manakala baki 40% pada tahap sederhana dan rendah. 52% pelajar bersedia dengan kemudahan bagi pembelajaran amali secara atas talian, manakala 34% pelajar di tahap sederhana dan 6% di tahap rendah kesediaan terhadap pembelajaran secara atas talian. Analisis tahap menunjukkan 71% responden pada tahap sederhana kebolehan terhadap pembelajaran amali secara atas talian. 61% responden bersetuju penilaian kepimpinan dan kerja berpasukan dalam aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan baik secara atas talian. Hanya 6% sahaja kurang setuju dengan tahap rendah dan 33% pada tahap sederhana. Berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan amalan penyampaian amali bagi laboratory work boleh diterima baik oleh pelajar. Faktor utama kesediaan pelajar terhadap pembelajaran ini adalah akses kepada kemudahan internet. Penyediaan bahan bantu mengajar berasaskan video atau secara maya dapat meningkatkan minat dan kefahaman kepada pelajar seterusnya menjadikan PDP amali lebih berkesan. Penilaian kerja kumpulan dilihat dapat dijalankan dengan baik dengan pemantauan pensyarah. Perbincangan dan pengagihan kerja berkumpulan tidak terjejas dengan pembelajaran secara atas talian. Pembelajaran secara hybrid (bersemuka dan secara atas talian) dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145982.pdf]
Text
145982.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics