Baju “sublimation”, medan peperangan visual

Mohd Amin, Mohd Hamidi Adha (2019) Baju “sublimation”, medan peperangan visual. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Apa itu “Sublimation”? dan kenapa pengguna pada masa kini lebih tertarik pada proses “sublimation” ini daripada proses manual “screen print”. “Sublimation” adalah proses memindahkan pewarna ke kain menggunakan haba. Imej yang dicetak pada kertas khas diletakkan keatas kain pakaian yang dipilih dan haba digunakan bagi membolehkan dakwat menjadi sebahagian daripada kain tersebut. Oleh itu, apabila pengguna memakai pakaian “sublimation” ini, pengguna akan merasa selesa dan lembut. Selain itu juga, bahagian yang paling baik ialah warna nombor, huruf dan grafik tidak akan luntur. Ia adalah satu proses yang terbaik dimana warna boleh dicetak dengan penuh mengikut rekabentuk yang disediakan. Oleh sebab, dakwat yang dicetak ke dalam kain, imej yang dipaparkan selaras dengan kualiti bahan kain yang digunakan. Contoh kain yang sering kali digunakan untuk proses “Sublimation” adalah “microfiber Interlock, Eyelet & Diamond”. Percetakan warna “Sublimation” ini sesuai dengan pelbagai jenis pakaian seperti t-shirt, “round neck”, collar dan muslimah”

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145979.pdf]
Text
145979.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics