UiTM Cawangan Kedah telah menjalinkan kerjasama dengan Thepsatri Rajabhat University Di Lop Buri, Thailand sempena 2nd International Academic & Cultural Exchange (IACE 2019). Program pertukaran budaya ini diketuai oleh Dr. Wan Irham bin Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kedah. Lawatan ini telah disertai oleh 20 orang Siswa dan Siswi serta 6 orang pegawai pengiring. Turut hadir ialah Y.Bhg Dr. Shaiful Annuar Khalid, Rektor UiTM Cawangan Kedah serta beberapa orang pegawai UiTM. Sepanjang program berlangsung, pelajar-pelajar dari UiTM Cawangan Kedah dilatih untuk mempelajari adat dan budaya luar yang boleh diguna pakai dalam konsep pembelajaran ilmu seni budaya luar. Kehadiran Batik Merbok ke Program ini adalah untuk mengadakan Pertunjukan Fesyen Batik Merbok di Dewan Thepsatri Rajabhat University dan sebelah malamnya pula diadakan pertunjukkan fesyen di Festival King Narai yang terbesar di Lop Buri, Thailand. Persembahan kebudayaan yang sangat gilang-gemilang serta warna warni ini amat menarik perhatian warga Thailand yang hadir disana. Selain dapat mempromosikan kebudayaan Malaysia dan memperkenalkan Batik Merbok ke peringkat antarabangsa, Batik Merbok dapat berkongsi kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka batik sekaligus menaikkan nama Universiti di peringkat antarabangsa.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yusoff, Zaidi zaidi8881@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Mohamed Salim, Neesa Ameera neesa@uitm.edu.my |
| Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Special subjects for design |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Batik Merbok pertunjukan fesyen antarabangsa, International Academic & Cultural Exchange IACE 2019, UiTM Kedah Thepsatri Rajabhat University Thailand |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145972 |
145972.pdf
