Kem persedian SPM seni visual SMK Bedong

Ismail, Abdullah Kula (2029) Kem persedian SPM seni visual SMK Bedong. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Pada 27 April 2019 yang lalu seramai 25 pelajar beserta 4 pensyarah dari Jabatan Senireka Grafik & Media Digital, FSSR, UiTM Kedah telah dijemput ke satu program anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong Kedah. Program usahama antara Panitia Seni Visul SMK Bedong dan Reqa-Reqa, Creative Centre, Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital , Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Kedah ini merupakan sebahagian dari pengisian program Road to MySPM 2019 anjuran SMK Bedong. Program yang diberi nama Kem Pemantapan SPM Kertas 2 dan 3 Pendidikan Seni Visual SPM 2019 melibatkan 150 calon SPM kertas seni visual SMK Bedong. Program bermula seawal 8 pagi dengan sesi taklimat yang kemudianya diteruskan dengan calon-calon dipecahkan kepada 25 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang pelajar dari Jabatan Senireka Grafik yang bertindak sebagai fasilitator. Manakala pensyarah pula bertindak sebagai moderator. Dalam aktiviti ini calon diberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam setiap proses rekabentuk seperti proses penghasilan dan perkembangan idea, lakaran kasar hinggalah kepada rekabentuk akhir. Tunjuk ajar dan bimbingan ini bertujuan membantu calon dalam menyiapkan tugasan Kertas Seni Visual SPM 2019. Program berakhir pada 1.00 tengahari dengan majlis penutup dan penyampaian penghargaan disempurnakan oleh Pengetua SMK Bedong Tuan Haji Zahri Bin Haji Zakaria. Dari tinjaun rambang penulis, rata-rata guru dan calon yang ditemuai merasakan bahawa program ini amat bermanfaat dan berharap program ini akan dianjurkan lagi di masa hadapan dengan lebih mantap.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145970.pdf]
Text
145970.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics