Pisang merupakan salah satu tanaman komersial yang penting khususnya di kawasan tropika. Di Malaysia, tanaman pisang hampir terdapat di setiap negeri dan antara kultivar pisang yang popular dimakan segar adalah pisang berangan dan pisang mas. Pisang digemari kerana kandungan nutrisinya yang tinggi serta rasanya yang manis. Namun begitu, pisang dikenali sebagai buah yang mempunyai jangka hayat yang pendek serta tempoh kematangan yang singkat. Ini menyebabkan pembaziran, terutamanya kepada pengguna dan peniaga. Bagi mengatasi masalah ini, salutan bio– iaitu AgriFresh BioBarrier telah dihasilkan. Salutan yang diformulasi menggunakan bahan berasaskan tumbuhan yang berkos rendah, mesra alam dan mudah didapati ini telah menunjukkan kesan positif dalam memanjangkan jangka hayat simpanan pisang dengan memperlahankan proses pematangan. Inovasi ini menyokong matlamat pembangunan mampan SDG2 (Sifar Kelaparan) dan SDG12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) selain memberi manfaat kepada penggemar dan pengusaha tanaman pisang dalam mengekalkan kualiti dan nilai pasaran buah serta meningkatkan kecekapan sumber dan ekonomi.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Kahar, Iskandar Arif Mirza UNSPECIFIED Muhamad Hizir, Dareen Hani UNSPECIFIED Azmin Jauhari, Muhammad Aqeel Thaqif UNSPECIFIED Faizuul, Muhammad Jibril UNSPECIFIED Low, Yi Jun UNSPECIFIED Ahmad Kamarudin, Nor Hafizah hafizah_kamar@upm.edu.my |
| Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) > Agroforestry T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 221-224 |
| Keywords: | Salutan bio, Pisang, Memperlahankan proses pematangan |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145968 |
145968.pdf
