Meet & Greet Perpustakaan UiTM bersama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM)

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi (2025) Meet & Greet Perpustakaan UiTM bersama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.
Abstract

Satu sesi Meet & Greet bersama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah diadakan pada 27 Mei 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik promosi dan pengukuhan jaringan perkhidmatan perpustakaan. Program proaktif anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ini bertujuan memupuk sinergi bersama fakulti bagi memperkasa budaya ilmu serta galakan membaca dalam kalangan warga universiti. Diselaras oleh Encik Mohd Hazrul Bin Hussin (Ketua Perpustakaan Sains dan Teknologi) dan diketuai oleh Encik Ahamad Zuber Mohamed (Pengarah Bahagian Perkhidmatan Maklumat) bersama tujuh pegawai perpustakaan, sesi ini turut dihadiri oleh Dekan FSKM, Prof. Madya Dr. Norjansalika Janom, serta barisan pengurusan tertinggi fakulti. Pengisian utama program merangkumi pembentangan perkhidmatan perpustakaan, penerangan Program Galakan Membaca 1 Warga 24 Naskah Bahan Bacaan (PI Universiti 145), pengembangan Program Pembudayaan Ilmu (PI Universiti 146), cadangan pengoptimuman ruang Speaker Corner di FSKM, serta lawatan rasmi ke Actuarial Resources Centre (ARC)

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145959.pdf]
Text
145959.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics