Kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa Mandarin merupakan satu kelebihan bagi para graduan untuk menempatkan diri di arena pekerjaan, terutamanya di pasaran negara China. Namun begitu, untuk menguasai bahasa Mandarin dengan mahir, para pelajar perlu menguasai terlebih dahulu empat nada, kosa kata serta memahami struktur bahasa yang berbeza. Oleh yang demikian, mempelajari bahasa Mandarin merupakan satu cabaran besar kepada pelajar yang tidak mempunyai asas terutamanya dari segi mengingati dan menyebut nada sesuatu perkataan dengan betul serta mengingat maksud kosa kata walaupun hanya pada tahap permulaan pembelajaran bahasa Mandarin. Justeru itu, penggunaan video YouTube sebagai alat bantu mengajar dalam bahasa Mandarin amat bersesuaian kerana terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapati oleh pelajar seperti memudahkan pelajar membuat rujukan sendiri, memainkan video berulang-kali untuk mendengar sebutan dengan betul dan juga pengajar boleh memperkenalkan kebudayaan masyarakat Cina dengan menayangkan video yang bersesuaian.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Lee, Chai Chuen lcc76@uitm.edu.my Mohd Yusof, Nor Azrina yina1437@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Yusof, Nor Azrina yina1437@uitm.edu.my Editor Lee, Chai Chuen lcc76@uitm.edu.my Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Hassan, Normaziana normazianahassan@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022 |
| ISSN: | 9789672948339 |
| Page Range: | pp. 328-332 |
| Keywords: | YouTube, Video bahasa mandarin, Pengajaran dan Pembelajaran |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145952 |
145952.pdf
