Bagi kursus Matematik Kejuruteraan 1 (DBM10013), interaksi dan maklum balas di antara pensyarah adalah sangat penting bagi memastikan pensyarah dapat memantau perkembangan pelajar serta menggalakkan pelajar membuat latihan semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) bagi mengukuhkan kefahaman mereka. Namun, kesukaran yang dihadapi oleh pensyarah semasa menyemak latihan berbentuk subjektif dalam talian telah menyebabkan pelajar tidak mendapat maklum balas segera dan kurang selesa berinteraksi untuk bertanya soalan semasa PdPDT dijalankan. Justeru itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbahbaik strategi PdPDT pensyarah dalam kursus Matematik Kejuruteraan 1 dengan menggunakan kaedah pengintegrasian aplikasi Microsoft Teams dan iPad bagi menyemak latihan yang dihantar oleh pelajar. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai persepsi pelajar terhadap interaksi dan maklumbalas pensyarah berdasarkan latihan yang diberikan. Dapatan kajian telah dibuat berdasarkan pemerhatian, temubual dan analisis soal selidik ke atas 15 orang pelajar DTP1A di Politeknik Seberang Perai. Hasil kajian mendapati, 100% responden bersetuju bahawa tempoh maklum balas pensyarah kursus terhadap latihan pelajar adalah cepat melalui pendekatan pengintegrasian aplikasi Microsoft Teams dan penggunaan iPad. Tempoh maklum balas yang diberikan oleh pensyarah adalah 30 minit hingga 1 jam bagi latihan yang diberi secara pembelajaran segerak dan 1 hingga 2 hari bagi latihan yang diberikan secara pembelajaran tidak segerak. Dapatan kajian juga menunjukkan 93.33% pelajar bersetuju bahawa maklum balas segera yang diberi oleh pensyarah dapat memotivasikan dan meningkatkan interaksi antara pensyarah dan pelajar. Mereka bersetuju bahawa maklum balas segera yang diberi oleh pensyarah menjadikan mereka lebih selesa untuk mendapatkan penjelasan bagi jawapan yang salah semasa sesi PdPDT. Dapatan ini menunjukkan pendekatan pengintegrasian aplikasi Microsoft Teams dan penggunaan iPad dapat meningkatkan interaksi dan maklum balas di kalangan pensyarah dan pelajar bagi kursus Matematik Kejuruteraan 1.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Che Omar, Mohd Syukor syukor@psp.edu.my Hassan, Azlina azlina.h@ptsb.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Yusof, Nor Azrina yina1437@uitm.edu.my Editor Lee, Chai Chuen lcc76@uitm.edu.my Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Hassan, Normaziana normazianahassan@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022 |
| ISSN: | 9789672948339 |
| Page Range: | pp. 316-327 |
| Keywords: | iPad, Microsoft Teams, Latihan, Interaksi, Maklum balas |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145944 |
145944.pdf
