Aktiviti mewarna batik bersama Tadika Anugerah Mutiara

Md Shahid, Shuhaila (2019) Aktiviti mewarna batik bersama Tadika Anugerah Mutiara. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Galeri Batik Merbok telah dilawati oleh 30 orang kanak-kanak dari Tadika Anugerah Mutiara, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Lawatan Sambil Belajar ini telah diadakan pada 17hb Januari 2019. Lawatan ini dimulai dengan lawatan ke Galeri Seni Merbok dan seterusnya ke Foyer Fakulti Seni Lukis & Seni Reka untuk aktiviti mewarna batik. Selaras dengan objektif lawatan ini yang bertujuan untuk membuka minda kepada kanak-kanak agar dapat menanam minat terhadap seni dan reka sekaligus mencungkil bakat dan kreativiti mereka. Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam projek mewarna batik ini adalah: peserta diminta memilih corak yang telah disediakan oleh pihak Galeri. Kemudian, para peserta diminta untuk berada didalam kumpulan masing-masing untuk menjalani proses mewarna dan diakhiri proses pengeringan. Setelah selesai, peserta dibenarkan membawa pulang hasil karya mereka. Namun begitu aktiviti ini telah memberi kesan yang begitu positif di kalangan kanak-kanak yang menyertai projek mewarna batik ini. Rata-rata mereka telah memberi maklumbalas yang aktiviti ini menyeronokkan dan perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memberi kefahaman berkaitan seni dan reka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145933.pdf]
Text
145933.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics