Colorsense: see freshness, eat safely

Abg Abdul Raini, Abang Izz Fawwaz and Al Idris, Ahmad Nidhal Abqari and Mohammad Fairus Fazly, Nur A’isy Erfany and Tajul Arifin, Muhammad Taufiq Wafiy and Hamsi, Nur Qashrina Kamilah and Mat, Siti Rubaini (2026) Colorsense: see freshness, eat safely. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 206-212.
Abstract

Colorsense: See Freshness, Eat Safely dibangunkan bagi mengatasi masalah pembaziran makanan dan risiko keracunan makanan akibat ketidakpastian tahap kesegaran, terutamanya dalam kalangan pengguna domestik dan peniaga kecil. Objektif inovasi ini adalah untuk membangunkan sensor pengesanan awal kerosakan makanan melalui perubahan pH yang disebabkan oleh penghasilan gas ammonia semasa pereputan mikrobiologi. Inovasi ini juga bertujuan untuk memodifikasikan sensor kerosakan makanan yang sensitif terhadap perubahan pH melalui pengesanan gas ammonia yang terhasil semasa proses pereputan protein. Pelekat makanan ini menggunakan bromothymol blue (BTB) sebagai indikator pH yang diinkapsulasi dalam ruang berlapis polietilena (PE) yang separa telap (semi-permeable), membolehkan gas meresap masuk tanpa sentuhan langsung antara bahan kimia dan makanan. Perubahan warna daripada hijau (neutral) kepada biru (alkali) memberikan petunjuk visual yang jelas terhadap tahap kesegaran makanan. Ujian terhadap sampel ayam mentah pada suhu bilik menunjukkan perubahan warna yang konsisten dengan peningkatan nilai pH serta bau pereputan selepas 48– 72 jam. Ketepatan pengesanan awal direkodkan melebihi 80% berbanding pemerhatian konvensional. Inovasi ini membantu mengurangkan pembaziran makanan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 12), menyokong usaha keselamatan makanan (SDG 2), serta melindungi Kesihatan awam (SDG 3). Kos penghasilan prototaip juga adalah rendah dan berpotensi dihasilkan secara besar-besaran sebagai pelekat pintar sekali guna. Inovasi ini menawarkan nilai tambah kepada industri pembungkusan makanan melalui peningkatan keselamatan dan pengurangan pembaziran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145910.pdf]
Text
145910.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics