Fonologi kata kerja pinjaman bahasa Arab dalam Kamus Dewan Perdana

Mawaridi, Muhaimin Syaqiq (2026) Fonologi kata kerja pinjaman bahasa Arab dalam Kamus Dewan Perdana. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Kajian ini meneliti adaptasi fonologi kata kerja pinjaman Bahasa Arab (BA) dalam Bahasa Melayu (BM) berdasarkan data daripada Kamus Dewan Perdana (KDP). Walaupun kajian peminjaman BA dalam BM telah banyak dilakukan, analisis fonologi yang memfokuskan kategori kata kerja berasaskan sumber leksikografi autoritatif seperti KDP masih terhad. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan fonem, perubahan struktur suku kata, dan proses fonologi yang berlaku menggunakan kerangka Teori Perubahan Bunyi Crowley (1987). Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap 52 sampel kata kerja pinjaman BA yang dipilih daripada KDP. Data dianalisis melalui transkripsi fonetik dengan membandingkan sistem bunyi bahasa sumber (BA) dan bahasa penerima (BM) berpandukan kerangka Teori Perubahan Bunyi Crowley (1987) untuk mengenal pasti mekanisme adaptasi yang terlibat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemendekan vokal panjang (vokal mad) merupakan strategi adaptasi paling konsisten, di mana vokal /ā/, /ī/, dan /ū/ dalam BA ditukarkan kepada vokal pendek /a/, /i/, dan /u/ dalam BM untuk disesuaikan dengan sistem fonologi tempatan. Dari aspek struktur suku kata, kajian mendapati berlakunya penambahan suku kata melalui proses epentesis vokal (penyisipan vokal) bagi memecahkan gugusan konsonan (KVKK) kepada pola yang lebih lazim dalam BM (KV/KVK), seperti pada kata hafaz. Berdasarkan Teori Crowley (1987), proses lenisi (pelemahan bunyi) dan sinkop (pelesapan segmen) dikesan sebagai proses fonologi yang dominan dalam memudahkan penyebutan kata pinjaman tersebut. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih sistematik tentang mekanisme adaptasi fonologi kata pinjaman BA dalam BM serta memperkaya perbincangan fonologi pinjaman berasaskan data kamus standard. Dapatan ini bukan sahaja penting bagi memperkukuh teori linguistik perbandingan, malah berfungsi sebagai rujukan buat pakar leksikografi dan pendidik bahasa dalam meminimumkan kesilapan linguistik penutur.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145898_fulltext.pdf]
Text
145898_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
Download (2MB)
[thumbnail of declarationform.pdf]
Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (639kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics
Download Statistics