Program Seni dan Budaya telah berjaya dilaksanakan dengan tema “Menelusuri Sejarah Kuala Muda” 10 March 2019 yang lalu telah dirasmikan oleh YM Tunku Sarafuddin Badlishah, Raja Muda Kedah. Penganjuran Program Seni dan Budaya yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi pengiktirafan dan penghayatan kepada hasil seni pelukis dan pengkarya seni tempatan tanahair seramai 42 orang, khususnya yang berasal daripada Kedah. Pameran ini menyediakan landasan kepada pengkarya seni mempamerkan hasil seni untuk dilihat dan dihayati oleh institusi beraja, pihak industri serta masyarakat setempat. Hasil karya yang dihasilkan menjuruskan kepada sejarah Kuala Muda serta aktiviti seharian penduduk setempat. Sebilangan besar para pengkarya memaparkan hasil karya seni yang menonjolkan elemen – elemen Lembah Bujang, Sungai Batu, Merbok serta kawasan sekitar. Selain daripada itu, Pemeran Seni dan Budaya ini juga memaparkan hasil karya para pelajar Tahun Satu yang menonjolkan elemen istana dan diraja sebagai subjek utama karya. Hasil seni pemenang dan karya terbaik yang terdiri daripada catan, karya kontemporari dan arca daripada Pertandingan Rupa Peristiwa yang juga mempelopori tema yang sama turut dipamerkan untuk tontonan umum.Program ini diadakan hamper 3 bulan bermula 14 Januari 2019 sehingga 31 March 2019. Selain daripada itu program ini juga diharapkan dapat membuka ruang untuk memperkenalkan bidang pengajian Seni Lukis & Seni Reka yang ditawarkan oleh UiTM Kedah serta bidang – bidang lain sebagai satu cara untuk mewar-warkan kepelbagaian bidang pengajian di UiTM. Program ini dijalankan dengan Kerjasama Balai Seni Negeri Kedah (BSN), Lembaga Muzium Negeri Kedah, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Jabatan Kerja Raya (JKR), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Polis Diraja Malaysia (PDRM).
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Sayuti, Nurul ‘Ayn nurulayn@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Mohamed Salim, Neesa Ameera neesa@uitm.edu.my |
| Subjects: | D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Kedah (Malaysia) N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Menelusuri Sejarah Kuala Muda art exhibition, Kedah local artists visual art exhibition, Lembah Bujang and Sungai Batu historical art |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145887 |
145887.pdf
