SYVO (Sign & Voice)

Bolhassan, Nur Arifah Izyani and Nizam, Bibi Neelam Wirdani and Pandi, Muhammad Rifdi Asyraf and Masbon, Micah Edden and Azami, Mu’aawiyah and Mohd Arif, Noor Azie Azura (2026) SYVO (Sign & Voice). PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 202-206.
Abstract

Komunikasi merupakan hak asasi manusia yang penting, namun golongan pekak dan bisu masih berdepan kekangan besar dalam interaksi harian serta peluang pekerjaan akibat halangan bahasa dan kekurangan teknologi komunikasi yang sesuai. Masalah ini menyebabkan salah faham, pengasingan sosial dan menjejaskan keselamatan mereka dalam situasi tertentu. Sehubungan itu, projek ini membangunkan SYVO, sebuah peranti inovatif yang berfungsi sebagai penterjemah bahasa isyarat kepada teks secara masa nyata bagi merapatkan jurang komunikasi antara komuniti pekak-bisu dan masyarakat umum. Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi, memperluas kebolehcapaian, serta menyediakan ciri keselamatan tambahan kepada pengguna. Metodologi pembangunan melibatkan integrasi penderia fleksi, mikropengawal, dan sistem pemprosesan data untuk mengenal pasti pergerakan tangan. Proses sistem merangkumi input melalui penderia , pengecaman isyarat, penukaran kepada teks, dan penghantaran maklumat ke telefon pintar untuk paparan. Selain itu, SYVO turut dilengkapi dengan mod kecemasan SOS dan fungsi luar talian bagi memastikan kebolehgunaan dalam pelbagai situasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa SYVO mampu menterjemah bahasa isyarat asas dengan baik secara masa nyata serta meningkatkan kejelasan komunikasi. Inovasi ini berpotensi mengurangkan jurang sosial, meningkatkan keselamatan, dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan pekak-bisu. Kesimpulannya, SYVO mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai teknologi kebolehcapaian yang mampu milik dan praktikal, seterusnya menyumbang kepada masyarakat yang lebih inklusif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145865.pdf]
Text
145865.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics