Lawatan penyeliaan pelajar latihan industri Walailak University

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2024) Lawatan penyeliaan pelajar latihan industri Walailak University. pp. 1-9.
Abstract

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam menerima Lawatan Penyeliaan Pelajar Latihan Industri iaitu saudara Noppawit Lueangworakit dari Universiti Walailak, Thailand untuk membincangkan status kemajuan dan pencapaian pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri termasuk hasil kerja, komunikasi dan pembangunan diri. Lawatan penyeliaan dikendalikan oleh Puan Nor Azwani Mohamad dan disertai oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Puan Siti Salwa A. Rahman dan Puan Wan Nur Khalidah Wahed. Manakala wakil dari Walailak University diketuai Dr. Yuttana Jaroenruen dan Assistance Prof. Dichitchai Mettarikanon. Lawatan sekitar perpustakaan diketuai oleh saudara Noppawit bagi menerangkan maklumat perkhidmatan, kemudahan dan koleksi perpustakaan. Pensyarah Penyelia Latihan Industri Universiti Walailak juga menyatakan kekaguman mereka dengan aspek perubahan dan pembangunan diri pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri di PTAR. Keseluruhannya, mereka amat berpuas hati dengan pencapaian saudara Noppawit dan berhasrat untuk kekal menghantar pelajar mereka ke PTAR pada masa akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145839.pdf]
Text
145839.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics