Pengajaran kursus Ekonomi dan Kewangan Islam melibatkan penggunaan pelbagai istilah teknikal dalam bahasa Arab seperti Murabahah, Musyarakah, Mudarabah, Wakalah dan sebagainya. Istilah-istilah ini menjadi cabaran kepada pelajar yang tidak mempunyai asas bahasa Arab, termasuk pelajar bukan Islam, sehingga menjejaskan penguasaan konsep asas perbankan Islam dan keberkesanan pembelajaran. Bagi mengatasi isu ini, projek inovasi i-FIQH EASY dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar berasaskan kecerdasan buatan (AI) khusus untuk topik Islamic Banking Product. Inovasi berbentuk komik bergambar ini menyampaikan kandungan melalui jalan cerita yang menarik, dilengkapi sebutan istilah, maksud ringkas dalam Bahasa Melayu/Inggeris, serta contoh penggunaannya dalam situasi harian dan contoh aplikasi di bank. Pembangunan i-FIQH EASY menggunakan gabungan aplikasi Gemini, Canva AI dan Comica, dengan pengesahan kandungan oleh dua orang pakar bidang. Ujian kebolehgunaan menunjukkan respon positif daripada pelajar, termasuk pelajar bukan Islam, yang mendapati i-FIQH EASY membantu mereka memahami istilah teknikal dan meningkatkan minat terhadap subjek. Inovasi ini membolehkan pelajar mengakses pembelajaran di mana-mana sahaja, serta berpotensi diperluas kepada kursus seperti CTU241 dan CTU351 di UiTM, subjek berkaitan di IPTA lain, serta dikembangkan kepada modul video bersiri atau aplikasi pembelajaran pintar untuk pengalaman yang lebih interaktif.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Yussof, Wan Nor Aisyah UNSPECIFIED Mohd Zhaffar, Nursafra UNSPECIFIED Abdul Rahman, Siti Nur Husna UNSPECIFIED Sharil, Suhaila UNSPECIFIED Abd Razak, Najihah UNSPECIFIED Mohd Khairul Nizam, Nur Fadhiela UNSPECIFIED Babge, Siti Nadiah UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Page Range: | pp. 191-194 |
| Keywords: | Kewangan Islam, istilah Arab, Fiqh, inovasi pengajaran |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145835 |
145835.pdf
