Perpustakaan UiTM perkukuh kolaborasi strategik di Brunei

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2026) Perpustakaan UiTM perkukuh kolaborasi strategik di Brunei. pp. 1-6.
Abstract

1 April 2026 | Brunei Darussalam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei serta Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) sempena jemputan Pusat Sejarah Brunei bagi Kolaborasi Pendigitalan dan Deskripsi Manuskrip Melayu Nusantara yang dijadualkan berlangsung di Pusat Sejarah Brunei pada 2 April 2026. Delegasi UiTM yang diketuai oleh Ketua Pustakawan, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan bersama En. Mohd Ismail bin Abidin telah melaksanakan lawatan ini sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antarabangsa serta memperluas perkongsian kepakaran dalam bidang pengurusan perpustakaan, tadbir urus institusi, dan pemeliharaan koleksi warisan. Lawatan ini turut memberi tumpuan kepada penerokaan potensi kerjasama dalam pendigitalan manuskrip, pembangunan repositori digital dan pengurusan sumber ilmu berasaskan teknologi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145786.pdf]
Text
145786.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics