Posturepal: peranti pintar boleh pakai untuk pembetulan postur aktif

Mohd Zamri, Irdeena Aisya and Mohamad Nordin, Nurul Iwani and Azrulnizam, Nur Aishah Qistina and Kumar, Kadhiravan Siva and Badrudin, Fadhlul Wafi and Ahmad, Shahrul Izwan (2026) Posturepal: peranti pintar boleh pakai untuk pembetulan postur aktif. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 158-165.
Abstract

Peningkatan kesedaran terhadap kesihatan postur badan dalam kalangan pelajar serta risiko masalah muskuloskeletal telah mendorong pembangunan inovasi yang lebih praktikal dan berkesan. Namun, kebanyakan penyelesaian sedia ada seperti alat sokongan postur adalah kurang selesa, mahal dan tidak sesuai digunakan dalam kehidupan harian. Oleh itu, satu inovasi yang mampu memberikan pemantauan secara berterusan dan mesra pengguna amat diperlukan. Kajian ini memperkenalkan PosturePal, iaitu peranti boleh pakai pintar yang dipasang pada tali beg galas untuk memantau dan membetulkan postur badan secara masa nyata. Peranti ini menggunakan sensor akselerometer untuk mengukur sudut kecondongan badan pengguna, manakala data diproses menggunakan mikropengawal Arduino bagi menentukan sama ada postur berada dalam julat normal. Sekiranya kecondongan badan melebihi had yang ditetapkan, sistem akan mengaktifkan lampu indikator dan amaran bunyi (buzzer) sebagai peringatan kepada pengguna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mengalami ketidakselesaan selepas membawa beg galas dalam tempoh yang lama. PosturePal berpotensi membantu membentuk tabiat postur yang lebih sihat melalui maklum balas secara langsung dan berterusan. Inovasi ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan iaitu SDG 3 (Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur). Kesimpulannya, inovasi ini praktikal, mampu milik dan mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145781.pdf]
Text
145781.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics