22 September 2022 (Khamis) - Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam telah menerima lawatan dari pihak pengurusan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) seramai 23 orang. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perolehan, penyimpanan dan pemeliharaan serta pemuliharaan Koleksi Arkib Universiti dan sebagainya. Lawatan yang bermula pada jam 10.30 pagi ini disambut baik oleh staf Jabatan Arkib Universiti yang diketuai oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan. Penerangan lawatan ini juga telah dibantu oleh Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman, Pustakawan Kanan yang mengendalikan Unit Perkhidmatan Arkib dan Puan Azniza binti Hj. Mohamad Nor, Pegawai Arkib Kanan yang mengendalikan Bahagian Pengurusan Rekod.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-6 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Blog PTAR, Lawatan, Kampus Shah Alam |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | 22 September 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145779 |
145779.pdf
