BanaBuddy

Soon, Gaik Suan and Beh, Xiao Tze and Liau, Yuan Yi and Lim, Tsia Hui and Zamzuri, Maria Zahidah Aliah (2026) BanaBuddy. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 152-158.
Abstract

Peningkatan kesedaran terhadap keselamatan produk penjagaan oral kanak-kanak serta kelestarian alam sekitar telah mendorong pencarian alternatif semula jadi kepada ubat gigi konvensional. Namun, kebanyakan ubat gigi kanak-kanak yang terdapat di pasaran masih mengandungi bahan kimia sintetik yang berpotensi mendatangkan risiko sekiranya tertelan. Oleh itu, inovasi yang mengutamakan keselamatan pengguna dan kelestarian sumber amat diperlukan. Kajian ini memperkenalkan BanaBuddy, iaitu ubat gigi kanak- kanak boleh dimakan yang diformulasikan berasaskan kulit pisang sebagai bahan utama. Kulit pisang dipilih kerana kulit pisang merupakan sisa organik yang kaya dengan mineral semula jadi serta mempunyai potensi untuk dimanfaatkan dalam aplikasi penjagaan oral. Proses penghasilan produk melibatkan pemilihan kulit pisang segar, rawatan kebersihan, pengeringan bersuhu rendah, pengisaran halus serta pencampuran dengan bahan gred makanan iaitu serbuk Vitamin C, xilitol, minyak kelapa, soda bikarbonat, kalium sorbat dan kalsium karbonat bagi memastikan kestabilan, keselamatan dan kesesuaian penggunaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa BanaBuddy berfungsi sebagai agen pembersih gigi yang efektif dan selamat sekiranya tertelan. Selain berfungsi sebagai agen pembersih gigi, BanaBuddy turut berperanan sebagai produk pendidikan yang menyokong konsep ekonomi kitaran melalui pendekatan “waste to wealth”. Produk ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan, khususnya SDG 3: Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab serta SDG 15: Kehidupan di Darat. BanaBuddy mempunyai potensi komersial sebagai alternatif lestari kepada ubat gigi kanak-kanak sedia ada. Kesimpulannya, BanaBuddy merupakan inovasi yang menggabungkan keselamatan pengguna, kelestarian alam sekitar dan kreativiti teknologi. Produk ini mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai alternatif lestari kepada ubat gigi kanak-kanak sedia ada.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145778.pdf]
Text
145778.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics