Fizik @ Padang Warisan: inovasi pembelajaran melalui permainan tradisional

Hasan, Suhaiza and Mahmood, Ainorkhilah and Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi (2026) Fizik @ Padang Warisan: inovasi pembelajaran melalui permainan tradisional. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 24 Januari 2025 yang lalu, perkarangan Pusat Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berubah menjadi sebuah medan ilmu yang luar biasa. Seramai 60 pelajar program Pra Diploma Sains telah berkumpul bagi menjayakan program Fizik @Padang Warisan. Program ini merupakan salah satu usaha pensyarah yang mengajar kod PHY083 untuk mempersiapkan pelajar menjelang peperiksaan akhir Februari 2025. Umum mengetahui bahawa menghidupkan teori di Luar bilik darjah Fizik sering dianggap sebagai subjek yang abstrak dan mencabar. Namun, melalui program sebegini, kita berjaya membuktikan bahawaprinsip sains boleh difahami dengan santai dan menyeronokkan. Strategi utama program ini adalah mengintegrasikan lima topik teras fizik ke dalam lima permainan tradisional Malaysia yang ikonik: Matter via Teng-Teng: Pelajar perlu menjawab soalan berkaitan jirim sebelum layak melompat ke petak seterusnya. Thermal Physics via Dam Haji: Strategi "Haji" hanya diberikan sekiranya pelajar berjaya menyelesaikan cabaran fizik haba. Optic & Waves via Congkak: Keupayaan menembak kampung lawan bergantung kepada ketepatan jawapan mengenai gelombang dan optik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145769.pdf]
Text
145769.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics