Penggunaan bahan semula jadi dalam perubatan moden semakin mendapat perhatian kerana keberkesanan dan profil keselamatannya.Kajian ini memperkenalkan “BetMed”,satu inovasi pelekat perubatan yang memfokuskan kepada penggunaan ekstrak daun sirih (Piper betle) sebagai agen terapeutik utama. Objektif utama kajian ini adalah untuk merumuskan sistem penghantaran ubat tropikal yang menggabungkan ekstrak daun sirih dengan matriks gliserin dan gelatin bagi menghasilkan pelekat yang stabil dan efektif. Metodologi kajian melibatkan pengekstrakan sebatian aktif daripada daun sirih dan penyediaan formulasi pelekat dengan nisbah gliserin dan gelatin yang optimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa formulasi ini menghasilkan lapisan pelekat yang fleksibel dan mampu melekat dengan baik pada kulit tanpa menyebabkan kerengsaan. Sifat antimikrob semulamjadi daun sirih menjadikan BetMed satu alternatif yang berpotensi untuk rawatan luka kecil. Kesimpulannya, BetMed menawarkan solusi kos rendah dan inovatif bagi aplikasi perubatan topikal.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Hadi, Muhammad Asraaf UNSPECIFIED Lukman@Zawawi, Aisar Wahnan UNSPECIFIED Chandramogan, Haaripriya UNSPECIFIED Parthiben, Balamurugaan UNSPECIFIED Hamdan, Hidayati UNSPECIFIED Kasim, Noor Azilah UNSPECIFIED |
| Subjects: | R Medicine > RS Pharmacy and materia medica > Materia medica > Pharmacognosy. Pharmaceutical substances (Plant, animal, and inorganic) T Technology > TP Chemical technology > Biotechnology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 149-152 |
| Keywords: | BetMed, Daun sirih, Pelekat perubatan, Inovasi, Perubatan topikal |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145748 |
145748.pdf
