Gema takbir mungkin sudah berlalu, namun kehangatan sambutan Aidilfitri masih segar dirasai oleh warga Jabatan Sains Gunaan (JSG) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pada 18 April 2025, satu majlis gilang-gemilang bertemakan “Syawal Dirai, Jasa Dihargai” telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Bilik Mesyuarat JSG yang telah dihias mengikut tema klasik hari raya.
Majlis ini bukan hanya sekadar jamuan makan-makan, tetapi diselitkan juga dengan penghargaan buat seluruh staf akademik dan pentadbiran JSG yang telah bertungkus-lumus memastikan kecemerlangan jabatan sepanjang tahun. Seperti kata pepatah, yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul, begitulah semangat yang ditonjolkan oleh warga JSG dalam meraikan hari raya dan jasa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Sharaf Ahmad dan diteruskan dengan perasmian oleh Dr. Azrinawati Mohd Zin selaku Koordinator JSG. Jutaan penghargaan buat penggerak majlis dua dalam satu ini. Kejayaan majlis ini sudah semestinya didasari oleh kerja keras jawatankuasa program. Setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Suhaiza Hasan selaku Pengarah Program, serta barisan ahli jawatankuasa yang memastikan segalanya berjalan lancar.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hasan, Suhaiza UNSPECIFIED Abdul Wahab, Nor Aimi UNSPECIFIED Mahmood, Ainorkhilah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Aidilfitri JSG, Penghargaan staf, Jamuan raya |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145745 |
145745.pdf
