Air merupakan sumber penting dalam menyokong kelangsungan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) sebagai teknologi hijau bagi pengurusan air secara mampan. Namun, kekurangan sumber air alternatif serta kebergantungan tinggi terhadap air terawat dan tenaga elektrik konvensional menjadi cabaran utama dalam sistem akuaponik. Oleh itu, projek ini bertujuan membangunkan sistem SPAH yang diintegrasikan dengan Internet of Things (IoT) dan tenaga solar bagi meningkatkan kecekapan pengurusan air dan tenaga. Metodologi projek melibatkan pembangunan prototaip SPAH bersepadu yang dilengkapi sensor paras air (water level sensor) untuk pemantauan masa nyata, serta penggunaan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama bagi operasi pam dan sistem IoT. Pengujian sistem dijalankan selama 10 hari bagi menilai prestasi dan kestabilan operasi. Dapatan kajian menunjukkan sistem berfungsi dengan baik dan stabil, dengan peratus bateri berada dalam julat 60% hingga 100%, serta pengecasan optimum pada hari ke-1, ke-5 dan ke-9. Bacaan pH air kekal antara 6.5 hingga 6.8, iaitu sesuai untuk hidupan akuatik dan tanaman. Paras air juga kekal terkawal dengan penurunan minimum tanpa kehilangan ketara. Kesimpulannya, sistem SPAH ini berupaya mengurangkan kebergantungan terhadap air terawat dan tenaga elektrik, di samping meningkatkan kecekapan operasi akuaponik secara lestari. Projek ini mempunyai potensi pengkomersialan yang tinggi sebagai sistem akuaponik pintar bagi kegunaan domestik, pendidikan dan pertanian bandar.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Muhammad Ikhwan iikhwan1337@gmail.com Mohd Hermie, Muhammad Hazim UNSPECIFIED Jama, Muhammad Helmie UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Renewable energy sources > Solar energy |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 138-149 |
| Keywords: | Sistem penuaian air hujan (SPAH), Akuaponik pintar, Internet of things (IoT), Tenaga solar, Pengurusan air mampan |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145744 |
145744.pdf
