Mini jelajah ilmu PTAR Alam Bina: literasi jadi lebih dekat!

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2026) Mini jelajah ilmu PTAR Alam Bina: literasi jadi lebih dekat! pp. 1-6.
Abstract

Pada 16 April 2026 (Khamis), bermula jam 10.00 pagi, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Alam Bina telah menganjurkan Program Mini Jelajah Ilmu di sekitar Blok B, Fakulti Alam Bina sebagai usaha memperkukuh literasi maklumat dalam kalangan warga fakulti. Program berbentuk outreach ini bertujuan mendekati pelajar secara lebih santai dan interaktif di luar ruang fizikal perpustakaan, sekali gus memupuk budaya pencarian ilmu yang lebih proaktif. Selari dengan konsep “Literal-See”, program ini menekankan keupayaan pelajar untuk melihat, menilai dan menggunakan maklumat secara bijak. Istilah ini membawa maksud bahawa literasi bukan sekadar kebolehan membaca, tetapi merangkumi kecekapan memahami konteks, menapis sumber, serta mengaplikasikan maklumat dengan tepat dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memperkenalkan perkhidmatan serta sumber perpustakaan secara lebih dekat dan mudah difahami. Antaranya termasuk promosi pinjaman bahan bacaan elektronik (e-lib), pengenalan sistem AKASA, panduan carian tesis dan projek pelajar, serta hebahan peluang penyertaan sebagai sukarelawan perpustakaan melalui sistem PERMATA.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145737.pdf]
Text
145737.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics