Moleculink 360° learning kit: transformasi pembelajaran ikatan kimia melalui pendekatan interaktif dan digital

Mokhtar, Muhammad Haziq and Muhamad Jefar, Haziq Akhtar and Muhammad Hafiz, Al-Hadfina Aina Hani and Zulkifli, Muhammad Aqiff Aiman and Akmal, Nur Aini Syafira and Ahmad Nazri, Nur Asyikin and Abdullah, Faiezah (2026) Moleculink 360° learning kit: transformasi pembelajaran ikatan kimia melalui pendekatan interaktif dan digital. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 128-132.
Abstract

Ikatan kimia merupakan antara topik paling mencabar dalam kimia pra-universiti kerana melibatkan konsep abstrak seperti struktur Lewis, Teori Penolakan Pasangan Elektron Petala Valens (VSEPR), hibridisasi dan geometri molekul yang memerlukan kebolehan visualisasi spatial yang tinggi. Pendekatan pengajaran tradisional didapati kurang berkesan dalam membantu pelajar membina kefahaman mendalam terhadap konsep ini. Oleh itu, kajian ini membangunkan MolecuLink 360° Learning Kit, iaitu inovasi berasaskan permainan yang mengintegrasikan elemen fizikal, digital dan visual. Kit ini menggabungkan kad permainan, model molekul 3D serta integrasi kod QR untuk akses jawapan dan visualisasi interaktif. Pelajar bermain permainan ini dengan memilih Target Card, melukis struktur Lewis, dan mengumpul Playable Cards yang mewakili ikatan, pasangan elektron dan geometri molekul yang betul. Kad tindakan digunakan untuk meningkatkan interaksi dan persaingan, manakala jawapan disemak melalui imbasan kod QR yang membawa kepada paparan digital dan visualisasi 3D molekul. Kajian rintis melibatkan 30 orang pelajar bagi membandingkan kaedah pembelajaran tradisional dengan MolecuLink 360o Learning Kit menunjukkan tiada pelajar berada pada tahap rendah (0%), manakala hampir 80% mencapai tahap ‘Baik’ dan ‘Cemerlang’ terhadap setiap aspek soalan yang diajukan. Dapatan ini membuktikan keberkesanan signifikan inovasi dalam meningkatkan pemahaman, visualisasi dan minat pelajar. Inovasi ini juga berpotensi tinggi untuk dikomersialkan dalam bidang pendidikan STEM.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145731.pdf]
Text
145731.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics