Program World #QuranHour 2025 di UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dilaksanakan pada 25 Mac 2025 bersamaan 24 Ramadan 1446H sebagai sebahagian daripada kempen global yang dianjurkan secara serentak di seluruh dunia. Program ini bertujuan menggalakkan umat Islam untuk meluangkan masa membaca, memahami dan menghayati al-Quran secara kolektif. Penganjuran di peringkat negeri telah menampilkan lokasi perdana di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, di samping penyertaan warga kampus melalui Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh.
Selain pengisian utama berbentuk bacaan al-Quran dan pengukuhan budaya ilmu, program ini turut menyaksikan penyampaian saguhati kepada para peserta tadarus al-Quran UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai tanda penghargaan atas komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang bulan Ramadan.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Rosli, Siti Azlina UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | World Quran Hour, Al-Quran, Ramadan 1446H |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145727 |
145727.pdf
