Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan Lawatan Ilmiah dan Mahabbah ke Muzium Manuskrip Al-Quran Melayu Raya di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand pada 27 Februari 2025 yang dianjurkan oleh Kumpulan Special Interest Group (SIG) Filologi dan Etimologi Manuskrip Melayu (FilEMMel), Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Lawatan fasa pertama yang disertai oleh lima orang pensyarah APB ini bertujuan untuk membina jaringan kerjasama akademik serta mengenal pasti koleksi bahan manuskrip lama bagi tujuan penyelidikan dan pemeliharaan warisan budaya. Sesi jaringan ini disambut oleh Ketua Pentadbir Muzium, Ustaz Muhammad Lutfi Ahmad Samae, yang mengiringi delegasi meneliti pelbagai khazanah pameran. Inisiatif ini berpotensi memacu aktiviti penyelidikan universiti dalam membongkar serta menyebarkan khazanah ilmu tradisi Melayu-Islam agar kekal dipelihara untuk generasi akan datang.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Almuddin, Azhani UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Manuskrip Melayu, Muzium Manuskrip Al-Quran Melayu Raya, Filologi, Etimologi, FilEMMel, Akademi Pengajian Bahasa, APB, UiTM, Narathiwat |
| Date: | 27 February 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145726 |
145726.pdf
