Para pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah dijemput untuk menyertai Sambutan Hari dan Bulan Akademia Peringkat Universiti Teknologi MARA yang berlangsung di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Setiap jabatan telah menghantar dua orang wakil sebagai tanda komitmen terhadap kecemerlangan akademia universiti. Sehubungan itu, Dr.Azrinawati Mohd Zin selaku Koordinator Jabatan Sains Gunaan bersama saudari Siti Azlina Rosli, wakil pensyarah dari Jabatan Sains Gunaan, telah hadir bagi mewakili kampus dalam majlis berprestij tersebut. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin. Antara pengisian utama program ialah diskusi dan forum khas bertemakan “Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan Tinggi” yang telah dikendalikan oleh moderator, Profesor Dr. Azman Mat. Forum ini turut menampilkan barisan panel terkemuka iaitu Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak serta Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Rosli, Siti Azlina UNSPECIFIED Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Hari Akademia, Pendidikan tinggi, Kecerdasan buatan (AI) |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145724 |
145724.pdf
