Sebanyak 21 acara sukan telah dipertandingkan dalam Kejohanan Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2025 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Kampus Arau dari 25 hingga 30 Ogos 2025. Dalam temasya sukan tersebut, wakil dari UiTM Cawangan Pulau Pinang turut mengambil bahagian dalam acara pingpong dengan barisan atlet yang mewakili kampus dalam beberapa kategori.
Bagi acara pingpong, saudari Siti Azlina Rosli daripada Jabatan Sains Gunaan telah terpilih sebagai atlet dan berganding dalam kategori beregu campuran bersama Encik Hazril Syahmi Abdul Halim. Selain itu, penyertaan turut melibatkan Dr. Rozaini Othman bagi kategori perseorangan lelaki, manakala kategori beregu wanita diwakili oleh Puan Nurul Husna Azhar dan Puan Nadin Nadhirah Mohd Shukri dari UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Rosli, Siti Azlina UNSPECIFIED Hasan, Suhaiza UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | KARiSTA 2025, Pingpong, Badminton |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145719 |
145719.pdf
