Icons Among Us: alumni diiktiraf, dirai dan menginspirasi

News, FSKM (2025) Icons Among Us: alumni diiktiraf, dirai dan menginspirasi. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan penganjuran dan impak program "Icons Among Us" yang dikendalikan oleh Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam pada 24 April 2025. Program ini meraikan sembilan tokoh alumni melalui penceritaan profil dalam Buku Wajah-wajah Alumni Citra Bitara serta pelancaran Alumni Wall of Fame yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM, Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah. Melalui Sesi Perbincangan Meja Bulat bertemakan Alumni Empowerment dan Alumni: Partners in Progress, inisiatif ini berjaya merapatkan ukhuwah serta memperkukuh hubungan strategik dua hala antara alumni dan institusi. Penganjuran ini membuktikan peranan penting alumni sebagai rakan pembangunan universiti menerusi bimbingan profesional, perkongsian ilmu, serta sumbangan sumber yang mampan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145718.pdf]
Text
145718.pdf
Download (480kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics