Artikel ini mendokumentasikan penganjuran dan impak pertandingan pengaturcaraan peringkat kebangsaan, ProSolve National 2025, yang dianjurkan oleh Persatuan Artificial Intelligence Society (AIS), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam dengan kerjasama Globalite Solution Sdn. Bhd.. Pertandingan yang diadakan secara dwipusingan pada 19 April 2025 (secara dalam talian) dan 26 April 2025 (secara bersemuka di Dewan Al-Ghazali, KPPIM) ini telah menarik penyertaan seramai 240 peserta daripada 60 kumpulan yang mewakili 17 buah institusi pengajian tinggi termasuk universiti awam, swasta, dan politeknik. Kumpulan ALT + F4 dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dinobatkan sebagai johan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing diraih oleh kumpulan Apes, Together Strong dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kumpulan BroSolve dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini berjaya memperkasakan kemahiran pengaturcaraan, memupuk kecekapan komunikasi bersama industri dan institusi luar, serta melahirkan graduan holistik yang selaras dengan sasaran Pelan Strategik UiTM 2025.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. News, FSKM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA Q Science > QA Mathematics > Programming languages (Electronic computers) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Pengaturcaraan, ProSolve National 2025, Artificial Intelligence Society, AIS, KPPIM, UiTM Shah Alam, Globalite Solution, Pertandingan pengaturcaraan |
| Date: | 16 May 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145715 |
145715.pdf
