MASMED di Hari Bertemu Pelanggan BHEP 2025

Rosli, Siti Azlina (2026) MASMED di Hari Bertemu Pelanggan BHEP 2025. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Program Hari Bertemu Pelanggan BHEP 2025 di UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh) telah berlangsung dengan jayanya dari 30 Oktober hingga 1 November 2025, bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Program ini telah dianjurkan secara serentak bersama Expo Kelab dan Persatuan (ExKEP) yang bertempat di Ruang Legar Laman Perdana, sekali gus memeriahkan suasana kampus dengan pelbagai pengisian yang menarik.
Dalam penganjuran tersebut, MASMED UiTM Cawangan Pulau Pinang turut diberi peluang untuk membuka reruai bagi Program Hari Bertemu Pelanggan. Sehubungan itu, wakil MASMED daripada setiap fakulti telah diberi tanggungjawab untuk bersama-sama mengendalikan reruai tersebut. Antara wakil yang terlibat ialah saudari Siti Azlina Rosli selaku wakil MASMED bagi Jabatan Sains Gunaan, sekali gus mencerminkan komitmen dan kerjasama erat antara fakulti dalam menjayakan program ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145708.pdf]
Text
145708.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics