Tunas Madani 2025: fasilitator, mentor & mentee

Rosli, Siti Azlina and Hasan, Suhaiza and Abdul Hamid, Haslinda (2026) Tunas Madani 2025: fasilitator, mentor & mentee. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Program Keusahawanan Tunas MADANI 2025, khususnya di negeri merupakan Pulau satu Pinang, inisiatif strategik berimpak tinggi yang dilaksanakan dalam tempoh enam bulan bagi memperkasa graduan Bumiputera berusia bawah 35 tahun untuk menceburi bidang keusahawanan. Program ini mensasarkan sekurang-kurangnya 50% peserta berjaya menjadi usahawan melalui pendekatan pembangunan yang komprehensif. Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk elaun bulanan sebanyak RM1,000, latihan praktikal di industri terpilih serta bimbingan berterusan daripada mentor industri.
Pelaksanaan program ini menggabungkan kerjasama tiga pihak utama iaitu mentor Program Tunas MADANI daripada sektor industri, fasilitator dalam kalangan staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, serta para mentee yang terdiri daripada graduan Bumiputera. Inisiatif ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145690.pdf]
Text
145690.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics