ISKANDAR: inovasi patung multisensori bagi terapi emosi autism

Muhamad Jefar, Haziq Akhtar and Mokhtar, Muhammad Haziq and Muhammad Hafiz, Al-Hadfina Aina Hani and Muhamad Azudin, Siti Nur Fatinah and Ahmad Nazri, Nur Asyikin and Abdullah, Faiezah (2026) ISKANDAR: inovasi patung multisensori bagi terapi emosi autism. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 123-128.
Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan satu inovasi bahan bantu mengajar berbentuk patung interaktif bagi membantu kanak-kanak dengan Gangguan Spektrum Autisme (ASD) mengenal pasti dan memahami emosi asas. Inovasi ini dikenali sebagai ISKANDAR, iaitu sebuah patung yang direka dengan ciri muka boleh dipusing dan elemen visual ekspresi emosi seperti gembira, sedih, dan marah. Kajian ini telah dilaksanakan di sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan fokus kepada peningkatan penglibatan murid serta kemahiran padanan emosi. Kaedah kajian melibatkan pemerhatian, sesi intervensi berstruktur, serta penilaian respons murid terhadap penggunaan ISKANDAR berbanding kaedah tradisional seperti kad imbas emosi. Dapatan awal menunjukkan peningkatan dalam perhatian murid, kebolehan mengenal pasti emosi dengan lebih tepat, serta penglibatan aktif semasa sesi pembelajaran. Guru juga memberikan maklum balas positif terhadap penggunaan alat ini kerana ia lebih interaktif dan mesra pengguna. Secara keseluruhannya, ISKANDAR berpotensi menjadi alat terapi dan pedagogi alternatif yang efektif dalam membantu perkembangan sosial-emosi kanak-kanak ASD melalui pendekatan visual, auditori dan sentuhan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145683.pdf]
Text
145683.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics