Sekolah terbaik SPM 2023 Negeri Perak: Sultan Azlan Shah, Bota, Perak hadiri Literasi Maklumat di Perpustakaan Tun Abdul Razak

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2024) Sekolah terbaik SPM 2023 Negeri Perak: Sultan Azlan Shah, Bota, Perak hadiri Literasi Maklumat di Perpustakaan Tun Abdul Razak. pp. 1-7.
Abstract

3 Ogos 2024 (Sabtu) | 28 Muharram 1446H. Alhamdullilah, satu lagi kolaborasi dalam lipatan sejarah tahun ini melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak menganjurkan Literasi Maklumat Komuniti untuk SMKA SULTAN AZLAN SHAH, Bota, Perak. Program eksklusif bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos 2024 ini merupakan inisiatif memperkasa pembudayaan ilmu dan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan komuniti sekolah disertai 37 orang Pengawas Sekolah Tingkatan 3 dan 4 serta diiringi 4 orang guru. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menyuntik semangat, pendedahan awal pembudayaan ilmu peringkat universiti dan pengalaman menikmati suasana sebagai mahasiswa UiTM. Lawatan bermula di Galeri Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili dan seterusnya ke pengisian utama program iaitu Asas Bacaan Pantas dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A.Rahman dan Literasi Maklumat oleh Puan Norazlin Mohd Yusof.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145672.pdf]
Text
145672.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics