Free Market 9.0: Raya Bergaya

Rosli, Siti Azlina and Ahmad, Sharaf (2026) Free Market 9.0: Raya Bergaya. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Program FREE MARKET 9.0 bertemakan “RAYA BERGAYA” merupakan penganjuran terakhir oleh Dr. Suria Sulaiman selaku Koordinator Keusahawanan MASMED UiTM Cawangan Pulau Pinang sebelum beliau menamatkan tempoh perkhidmatan dalam jawatan tersebut pada tahun 2025. Program ini telah menjadi platform kebajikan yang signifikan dalam membantu meringankan beban pelajar melalui penyediaan barangan keperluan secara percuma. Pihak Jabatan Sains Gunaan juga turut serta menunjukkan komitmen berterusan dengan penglibatan aktif dalam setiap penganjuran program ini. Bagi edisi kali ini, beberapa orang staf jabatan telah menyumbangkan tenaga serta barangan untuk diagihkan kepada para pelajar. Antara staf yang terlibat ialah Dr. Ainorkhilah, Puan Suhaiza, saudari Nor Aimi, Encik Sharaf, Encik Mohd Haris Ridzuan, Puan Rahimah, saudari Siti Azlina serta Puan Atikah Rohaini yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap pelaksanaan program ini. Secara keseluruhannya, penganjuran Program FREE MARKET 9.0 mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan warga UiTM, khususnya dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian melalui inisiatif berimpak tinggi seperti ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145670.pdf]
Text
145670.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics