Ujian yang hadir tidak pernah memilih masa, namun kebersamaan dan keprihatinanlah yang menguatkan kita untuk terus melangkah. Satu Misi Bantuan Banjir (Siri 1) telah dilaksanakan oleh pasukan sukarelawan bagi mengulurkan tangan dan mempermudahkan urusan warga serta staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM yang terjejas akibat bencana banjir. Menerusi pergerakan Hari 1 & 2 ini, para sukarelawan telah berganding bahu bagi menyalurkan bantuan asas, pembersihan, dan sokongan moral kepada rakan sekerja yang ditimpa musibah. Sikap solidariti ini membuktikan bahawa seluruh warga UiTM bukan sekadar rakan sekerja, malah merupakan satu keluarga yang saling melengkapi. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, memberi ketabahan serta menggantikan setiap ujian ini dengan kebaikan yang berlipat ganda buat semua mangsa banjir. Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang telah menyumbang tenaga, masa, dan bakti dalam misi ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat anda semua.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-6 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Blog PTAR, Sukarelawan, Kampus Shah Alam |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | 22 December 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145649 |
145649.pdf
