Makmal komputer merupakan kemudahan kritikal dalam institusi pendidikan bagi menyokong pembelajaran berasaskan teknologi. Walau bagaimanapun, sistem perekodan manual menggunakan buku log sedia ada menghadapi pelbagai isu seperti data tidak lengkap, sukar dianalisis, dan risiko kehilangan rekod. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan "Track My Student Computer Lab" (TMSCL), sebuah sistem digital berasaskan Google AppSheet yang menggunakan imbasan kod QR untuk merekod penggunaan makmal. Metodologi pembangunan sistem ini melibatkan Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) yang merangkumi fasa analisis keperluan, reka bentuk pangkalan data menggunakan Google Sheets, pembangunan aplikasi, dan pengujian di makmal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 60% pengguna bersetuju penyelesaian sistem ini “Sangat Berkesan” dan 35% "Berkesan". TMSCL berjaya mengurangkan beban kerja manual, memastikan data lebih tersusun, serta meningkatkan keselamatan aset makmal melalui kebolehjejakan (traceability) pengguna yang lebih tepat. Kesimpulannya, TMSCL menawarkan penyelesaian mesra alam dan efisien yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan di pelbagai institusi pendidikan bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-4 dan ke-9.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Kamal Ariffin, Nur Iqmal Shafieq UNSPECIFIED Ermawan, Arfan Hariz Fara aarfanhz@gmail.com Abdul Razak, Muhammad Razuan UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 107-111 |
| Keywords: | Pendigitalan, Google appsheet, Kod qr, Makmal komputer, SDG |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145645 |
145645.pdf
