Masalah beg sekolah yang terlalu berat dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan isu kesihatan yang semakin membimbangkan kerana boleh menyebabkan sakit belakang, ketegangan otot serta gangguan postur badan. Kajian di Malaysia menunjukkan bahawa 74.1% pelajar membawa beg melebihi had selamat iaitu 10% hingga 15% daripada berat badan, manakala 36.8% mengalami sakit belakang. Walau bagaimanapun, pemantauan berat beg masih dilakukan secara manual dan tidak konsisten. Sehubungan itu, projek ini membangunkan Smart Bag Weight Detection (SBWD), iaitu beg pintar yang mampu mengesan berat secara masa nyata serta memberi amaran automatik apabila melebihi had selamat. Sistem ini menggunakan sensor load cell yang diintegrasikan dengan mikropengawal ESP32, paparan OLED serta buzzer sebagai mekanisme maklum balas. Selain itu, SBWD menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa alternatif bagi menyokong kelestarian. Dapatan menunjukkan bahawa sistem ini mampu mengesan berat dengan tepat dan memberikan maklum balas segera kepada pengguna. Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran kesihatan pelajar, malah berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk teknologi pendidikan yang praktikal dan lestari.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yasin, Ahmad Fakar UNSPECIFIED Lip, Rashidah rashidah@ptsn.edu.my Shahrul Amri, Ishkandar UNSPECIFIED Mokhtar, Siti Nur Syuhaidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering > Product safety. Safety of consumer products |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 98-107 |
| Keywords: | Smart bag weight detection, IoT, Kesihatan pelajar, Tenaga solar, Inovasi |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145639 |
145639.pdf
