FSKM perkasa kesedaran siber di sekolah rendah melalui Program SULAM@Budiman

News, FSKM (2025) FSKM perkasa kesedaran siber di sekolah rendah melalui Program SULAM@Budiman. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak program Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) bertajuk SULAM@Budiman: Cybersecurity Awareness & Explorace: Internet Ethics, yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Pengkomputeran Netsentrik, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 28 Mei 2025 di KAFA Integrasi Imam Al-Ghazali, Meru, Klang. Dibimbing oleh Puan Zatul Amilah Shaffiei dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Budiman, inisiatif ini bertujuan memperkasa kesedaran keselamatan siber dan etika penggunaan internet dalam kalangan 40 orang murid Tahun Enam menerusi penyampaian modul interaktif mengenai pengurusan media sosial, pencegahan buli siber, serta aktiviti Explorace bertema. Dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSKM, Prof. Madya Dr. Ismadi Md Badarudin, program ini berjaya membina pemahaman awal mengenai ancaman digital di samping menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Ke-4 (Pendidikan Berkualiti) dan Ke-11 (Bandar dan Komuniti Lestari).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145638.pdf]
Text
145638.pdf
Download (619kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics