Formulasi BioBubbles menunjukkan satu inovasi pembersihan yang mampan dan mesra alam dengan menukarkan sisa organik kepada produk yang bernilai. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi penapaian dan fungsi pembersihan dengan mengintegrasikan bahan tambahan berfungsi seperti air beras, kulit telur dan agar. Kajian ini menggunakan penyelidikan terdahulu yang menggunakan nisbah 3:10:1 bagi kulit buah: air: gula perang. Sebanyak dua belas botol telah digunakan dalam eksperimen ini. Setiap botol mempunyai gabungan asas air, gula perang, yis diaktifkan dan kulit buah yang terdiri daripada oren, nanas, serta campuran oren dan nanas. Bagi setiap kombinasi, botol-botol tersebut ditambah air beras yang ditapai membantu mempercepat dan meningkatkan proses penapaian, kulit telur yang dihancurkan memberikan sifat geseran (abrasif) untuk meningkatkan keberkesanan penyentalan, manakala agar ditambah untuk meningkatkan masa sentuhan permukaan formulasi BioBubbles dengan permukaan yang dibersihkan. Kecekapan penapaian dipantau melalui pemerhatian penghasilan gas, perubahan bau, dan nilai pH larutan. Pada tiga hari pertama, penutup botol dibuka dua kali sehari bagi melepaskan gas yang terkumpul, diikuti dengan sekali sehari untuk baki tempoh penapaian selama dua minggu. Formulasi Biobubbles membuktikan bahawa durasi penapaian dapat dipercepatkan, kombinasi penapaian kulit nanas serta 16.7 g kulit telur menunjukkan prestasi pembersihan yang lebih baik berbanding enzim asas yang hanya menggunakan kulit buah.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Syufaat, Auni Damia auni.damia@student.iium.edu.my Rizal, Fathiyyah Athirah Faizah UNSPECIFIED Sharulanuar, Nurfaiqah UNSPECIFIED Shahrul Nizam, Abdullah Yusuf UNSPECIFIED Husain, Suhaili UNSPECIFIED Hasnol, Nur Diyana Syamim UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > TP Chemical technology > Biotechnology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 89-94 |
| Keywords: | Biobubbles, Kulit buah, Penapaian, Air beras, Kulit telur |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145631 |
145631.pdf
