Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan dan impak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertajuk HopeTrack: Run & Give, United for Cancer yang dianjurkan oleh pelajar Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Pengurusan Komunikasi dan Polisi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 14 Jun 2025 di Laman Budaya, Taman Tasik Seksyen 14, Shah Alam. Program larian amal sejauh 4KM yang dihimpunkan seramai 113 peserta ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran awam mengenai kanser bersempena sambutan Bulan Kanser Survivor, serta menyemai semangat kesukarelawanan dan empati dalam kalangan mahasiswa. Inisiatif ini bukan sahaja berjaya mengumpul dana sebanyak RM1,200 yang disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bagi menyokong bantuan perubatan pesakit kanser kurang berkemampuan, malah turut memperkasakan kemahiran kepimpinan dan pengurusan komunikasi pelajar. Kejayaan HopeTrack membuktikan keberkesanan kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi dan organisasi kebajikan dalam melahirkan graduan yang holistik, prihatin, serta berdaya saing.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Saifulnizam, Nurathirah Arisya UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA R Medicine > RC Internal Medicine > Neoplasms. Tumors. Oncology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kesedaran kanser, Larian amal, HopeTrack, Majlis Kanser Nasional, MAKNA, Tanggungjawab sosial korporat, CSR, Kesukarelawanan, UiTM Shah Alam |
| Date: | 14 June 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145628 |
145628.pdf
