Sesi meet and greet perpustakaan UiTM bersama dekan dan pengurusan Fakulti Sains Gunaan UiTM (FSG)

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2024) Sesi meet and greet perpustakaan UiTM bersama dekan dan pengurusan Fakulti Sains Gunaan UiTM (FSG).
Abstract

Tarikh: 03 Julai 2025 (Khamis). Masa: 2.30 petang – 4.30 petang. Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam sebagai salah satu inisiatif strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama dan memperluas jangkauan perkhidmatan perpustakaan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan sesi Meet and Greet bersama pihak pengurusan Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Shah Alam. Sesi ini merupakan satu usaha proaktif ke arah memperkukuh budaya ilmu, menggalakkan pembacaan berimpak tinggi serta meningkatkan keterlibatan fakulti dalam inisiatif perpustakaan sejajar dengan aspirasi universiti. Program ini diketuai oleh Pengarah Perpustakaan UiTM, En. Ahamad Zuber, dengan kehadiran seramai tujuh (7) pegawai kanan PTAR. Pihak Fakulti pula diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Rozi Ahmad, Dekan FSG bersama enam (6) orang barisan pengurusan fakulti yang turut memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145621.pdf]
Text
145621.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics