Critical thinking: fikir, reka dan bina

Husin, Nurul Izza Husin and Abdullah, Ainnie Rahayu (2026) Critical thinking: fikir, reka dan bina. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pelajar-pelajar Diploma kejuruteraan telah diberi peluang untuk mengasah kreativiti, logik, dan kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti Bridge Challenge yang dijalankan dalam kursus UED101 pada Semester Mac–Ogos 2025. Cabaran sebenar mereka ialah mereka dan membina jambatan yang kukuh menggunakan hanya kertas terpakai dan pita selotape.

Aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan, di mana pelajar perlu bekerjasama dalam merancang reka bentuk, membahagikan tugas, dan membina struktur jambatan yang stabil. Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan kerjasama dan komunikasi antara ahli kumpulan, malah membantu pelajar mengembangkan kemahiran bekerja dalam pasukan yang penting dalam bidang kejuruteraan. Aktiviti ini turut melibatkan pensyarah-pensyarah daripada Unit Kimia, Jabatan Sains Gunaan (JSG) yang bekerjasama dalam merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145620.pdf]
Text
145620.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics