Penapis air sinki dapur dengan integrasi sistem irigasi IoT

Zali, Zulhikmi and Muthu, Vinothan and Zamran, Ahmad Haziq and Roslan, Muhammad Al-hallaj (2026) Penapis air sinki dapur dengan integrasi sistem irigasi IoT. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 75-79.
Abstract

Projek ini memperkenalkan sistem penapisan sisa air kelabu (greywater) daripada sinki dapur yang diintegrasikan dengan sistem pengairan pintar berasaskan Internet of Things (IoT). Masalah utama yang dikenal pasti adalah pembaziran sumber air paip terawat disebabkan oleh penggunaan air secara berasingan dalam sistem pengairan serta risiko pencemaran tanah dan kerosakan akar pokok akibat pembuangan sisa lemak, minyak, dan gris (FOG) secara terus ke dalam tanah. Metodologi projek melibatkan kajian penggunaan air di dalam rumah seperti kondominium dan rumah teres. Hal ini dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh penghuni berdasarkan data yang diperolehi. Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh kami melalui soal selidik, rata-rata penghuni menghadapi bil air yang tinggi akibat penggunaan secara berlebihan disebabkan mereka mempunyai tanaman di rumah mereka. Berdasarkan data ini, kami mencapai satu penyelesaian dengan membuat inovasi yang menghubungkan pengairan di dalam rumah dengan tanaman pokok. Dengan menggunakan mekanisma penapis air 4-peringkat yang menggunakan bahan organik dapat mengurangkan kos dan lebih mesra alam. Antaranya ialah Serpihan kayu sebagai perangkap minyak, pasir halus menapis habuk yang kecil dan arang kayu sebagai penghapus bau. Sistem ini dikawal oleh mikropengawal ESP32 yang membolehkan automasi pengairan tanaman cili berdasarkan pemantauan data masa nyata melalui aplikasi Blynk IOT. Hasil kajian menunjukkan sistem ini mampu mengitar semula air domestik dengan berkesan serta memberi manfaat kepada penghuni rumah dengan mengurangkan penggunaan air terawat. Kos pembangunan bermula daripada RM260 berbanding sistem komersial yang kompleks dan mahal. Kesimpulannya, inovasi ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian lestari bagi pengurusan air, malah menyokong pertanian bandar dan matlamat pembangunan mampan berdasarkan SDG.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145610.pdf]
Text
145610.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics