Pencemaran plastik merupakan masalah yang semakin serius, terutamanya pencemaran yang disebabkan oleh plastik sekali guna, seperti polibeg tanaman, yang mengambil masa berabad-abad untuk terurai. Sisa plastik ini mencemari tanah dan air, serta merosakkan keseimbangan alam sekitar. Dalam bidang pertanian, penggunaan polibeg ini boleh merencatkan pertumbuhan tanaman kerana permukaannya yang licin menjejaskan pertumbuhan akar dan mengehadkan penyerapan air dan nutrien. Oleh itu, Biobeg Saricium dihasilkan, iaitu sejenis polibeg biodegradasi yang diperbuat daripada bahan buangan semula jadi seperti sabut pokok palma dan kulit telur. Polibeg ini mesra alam serta boleh terurai dalam masa yang singkat tanpa meninggalkan sisa toksik. Sabut pokok palma dan kulit telur juga bertindak sebagai baja semula jadi yang mengukuhkan struktur tanah serta memperkayakan tanah dengan nutrien seperti kalsium dan fosforus. Dengan menukarkan sisa pertanian kepada produk yang berguna, inovasi ini menawarkan alternatif yang lebih mampan berbanding polibeg plastik konvensional, sekali gus menyokong amalan pertanian lestari dan kelestarian alam sekitar.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jeet Singh, Isherleen Kaur Charan UNSPECIFIED Mohd Azman, Nur Amrienaa Syazwanie UNSPECIFIED Zulkifli, Nur Shakila Natasha UNSPECIFIED Shaharuddin, Noor Azmi UNSPECIFIED Mohd.Top@Mohd.Tah, Marina marinamohd@upm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > TS Manufactures > Packaging > Materials > Plastics (non-foil) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 70-75 |
| Keywords: | Pencemaran plastik, Polibeg biodegradasi, Bioplastik, Sisa pertanian, Pertanian mampan |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145603 |
145603.pdf
